Hi ..
Assalammulaikum...
Alhamdullilah..dah berapa hari kita berapa di bulan mulia RAMADHAN..
Kpd yang berpuasa..TAHNIAH.. kpd yang kena tangkap kantoi masuk paper sebab tak puasa..PADAN MUKA KORANG ! bukan apa tu.. berperang dengan nafsu perut masing-masing.
INI BUKAN CERITA YANG NAK AKU BEBEL..
Tapi ni haa ceritanya...
Kalau kawan kita atau orang yang berdekatan dengan kita ditimpa musibah.. contohnya duit hilang ke.. kena tinggal boyfren ke..atau apa sahaja musibah. Pasti kita akan cuba bermanis mulut menenangkan mereka dengan ayat-ayat seperti “ sabar lahh.. ni semua dugaan.pasti ada hikmah disebalik semua ni”. Wah ! sureeee. Mesti ada antara kita pernah cakap mcm ni kat member2 kan ? * aku pun sama jugak..
Kalau situasinya seperti ada diantara adik beradik, kawan-kawan atau saudara mara gagal dalam sesuatu perkara. “ mesti ayat ni akan keluar .. sabarlah.. cuba lagi lain kali “. Sama juga situasi jika ada dikalangan kita menerima khabar kehilangan mereka yang tersayang.. pasti ayat yang terpacul “ semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”.
Masalahnya.. kalau benda2 mcm ni terjadi pada diri kita sendiri ? bagaimana ? apakah tahap kesabaran kita mampu untuk mengatasi semua dugaan rintangan ini ... MATA YANG MELIHAT TAKKAN MUNGKIN MENGATASI KEPERITAN BAHU YANG MEMIKUL.. personally.. untuk diri sendiri.. aku tertanya-tanya pada diri sendiri.. cukup sabarkah aku untuk menerima erti sebuah KEHILANGAN dan KEGAGALAN..mungkin belum bersedia kan ?
Sebenarnya.. walau dalam apa jua keadaan pun kesabaran tuu adalah kunci untuk semua jalan yang kita bakal tempuhi ..
SABAR ITU INDAH KALAU KITA TAHU WARNA DAN CORAK APA YANG NAK DILUKIS ..
OKAY !
STOP BEBEL SEKARANG ^-^
No comments:
Post a Comment